Isnin, Disember 19, 2011

sendirian seorangan selamanya


Semalam tiba-tiba aku terhentak sedar bahawasanya semenjak waktu singkat yang entah terasa lama atau pantas berlalu di sini aku ter ter terlupa atau mungkin terbuang sebentar dari ingatan aku mengenai terminologi ... 'Forever Alone' yang dahulunya pernah menjadi slogan hidup aku.

Tapi jangan salah faham. Cuma terminologi yang diterlupakan. Cuma nama dan istilah.

Diterlupakan, tiada kena mengena dengan keadaan atau situasi atau perasaan.

Sebab perasaan dan keadaan atau mungkin lebih spesifik lagi, kesepian sendirian seorangan itu, masih lagi pekat likat tebal dirasakan.

Cuma aku lupa istilah untuknya.

Beberapa peristiwa membuat aku alpa akan kebiasaan keadaan itu sebagai rutin hidup aku sebelum ni. Mengakibatkan bangkitnya rasa bahawa keadaan tersebut merupakan suatu tragedi luar biasa yang tak pernah didaftarkan dalam buku sejarah hidup aku mahupun hati dan jiwa aku.

Lantas hati aku mengalami kejutan dan bertindakbalas dengan emosi yang cukup tahap tsunami ombaknya.

Walhal seharusnya aku kembali berpijak di bumi nyata, tinggalkan awang-awangan yang makin tinggi aku daki, dan memperbaharui serta memperkasa perisai perasaan aku. Bina balik tembok yang sudah kurang kukuh dan tingginya.

Doakan kejayaanku. Banyak dugaan ni.

0 @^#&%?!: