Jumaat, Januari 20, 2012

perasaan


Hello welcome back selamat kembali segala perasaan-perasaan yang selama ini ditolak ditinggalkan dipendam dinafikan jauh-jauh, yang dirasakan takkan pernah dirasakan lagi.Perlahan-lahan aku membuat persiapan seakan-akan untuk berpindah keluar dari negeri nafi yang agak lama diduduki.Dan aku rasa aku yang menjemput kembali segala perasaan-perasaan tersebut.Segala rasa seronok dan manis sekarang,dan segala rasa sedih sakit sial sucks masam pahit kelat kelak.Bersediakah aku?Bersediakah dunia?Bersediakah hati?Hati-hati, hati. Hati-hati dengan hati. Oh elektrisiti yang ku rasa kini.Oh bermain dengan api.Oh minta hati minta mati. Walaupun aku suka perasaan ini. Perasaan yang terlalu deja vu ini. Yang buat aku rasa aku bagai penagih yang ketagih pada perasaan dan kesilapan sama serupa dahulukala,diputar ulang buat kali ke entah berapa. Penagih yang tahu konsekuensi tapi masih berani mati.Sekurang-kurangnya tahulah aku bahawa hati aku masih mampu berfungsi lagi, kembali.

0 @^#&%?!: